Polisi

Polisi Kualiti

Kami di Kedai Desa komited untuk memastikan setiap produk yang dijual di platform kami mematuhi piawai piawai kualiti yang ditetapkan oleh syarikat. Antara aspek yang ditekankan adalah

  1. Produk yang berkualiti
  2. Pembuatan yang bersih
  3. Pematuhan kepada nilai timbangan dan kuantiti yang betul
  4. Waktu penghantaran yang cepat
  5. Pumbungkusan untuk penghantaran yang cermat

Kami tidak akan berkompromi terhadap sebarang perlanggaran kepada polisi ini dan kami komited untuk memastikan polisi ini dipatuhi bukan sahaja untuk syarikat kami, malah juga terguna pakai untuk pengeluar pengeluar dibawah program kami.

Polisi Pemulangan

Kami di Kedai Desa komited untuk memastikan setiap produk yang dijual akan memenuhi jangkaan para pelanggan kami. Namun, sekiranya pelanggan kami mendapati produk yang diterima ini rosak (hancur, pecah, basi, berkulat dan sebagainya yang difikirkan logik), para pelanggan bolehla membuat tuntutan pemulangan dari pihak syarikat. Berikut adalah cara caranya

  1. Pelanggan hendaklah menghantar gambar produk yang rosak tersebut melalui emel atau melalui whatsapp
  2. Pelanggan haruslah menanggung kos Pos penghantaran kepada kami.
  3. Sekiranya tuntutan ini benar, maka pihak syarikat akan memulangkan kembali duit pelanggan dalam masa 7 hari bekerja
  4. Pihak syarikat akan berhubung dengan pelanggan untuk mendapatkan butiran bank
  5. Bayaran balik kepada pelanggan adalah termasuk harga barang dan juga kos Pos.

Sekiranya pihak syarikat mendapati tuntutan itu adalah tidak benar, ataupun kerosakan itu adalah berpunca dari kesilapan pihak pelanggan, pihak syarikat akan memaklumkan mengenai penafian tuntutan melalui emel.

Polisi Penghantaran

Setiap pembelian akan di pos menggunakan perkhidmatan Poslaju dalam masa 24 jam selepas pihak kami menerima bayaran dari pihak pelanggan. Pihak kami juga akan menghantar nombor jejakan kepada pelanggan melalui emel untuk tujuan penjejakan di laman sesawang Poslaju.

Di samping itu, pihak kami juga akan memastikan bungkusan yang bersesuaian yang akan digunakan bagi melindungi produk produk yang dibeli rosak ketika dalam proses penghantaran tersebut. Bungkusan yang bersesuaian ini termasuklah penggunaan “bubble wrap” jika difikirkan perlu.

Setiap penghantaran hanya akan dilakukan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 11 pagi. Setiap pembelian pada hari Jumaat, selepas jam 11 pagi sehingga hari ahad akan di pos pada hari Isnin berikutnya

Hubungi kami:

Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut ataupun anda mempunyai produk yang ingin kami pasarkan, anda bolehla menghubungi kami di;

MAMLAKAT MELAYU TRADING
No 9, Jalan AU 3/12,
Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur

Tel       : 0123731165

Emel    : kedai.desa2019@gmail.com

WhatsApp chat