Privasi

1. Pemilikan

Laman web ini (“kedaidesa.com”) dimiliki dan dikendalikan oleh Mamlakat Melayu Trading (“kedaidesa.com”).

2. Akses & Penggunaan

Akses anda kepada Laman Web Kedaidesa.com, dan penggunaan bahan yang terkandung dalam Laman Kedaidesa.com adalah tertakluk kepada penerimaan dan pematuhan oleh anda terhadap terma, syarat, notis dan penafian yang terkandung dalam dokumen ini atau di mana-mana bahagian lain dalam Laman Web Kedaidesa.com (“Terma-terma dan Syarat-syarat”). Dengan menggunakan Laman Web Kedaidesa.com, anda bersetuju untuk terikat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat ini.

3. Pindaan

Kedaidesa.com merizab hak untuk meminda Terma-terma dan Syarat-syarat tanpa notis pada bila-bila masa. Penggunaan Laman Web Kedaidesa.com kami oleh anda selepas perubahan sedemikian bererti anda bersetuju untuk terikat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat baru.

4. Pendaftaran

Untuk mendaftar dengan Laman Web Kedaidesa.com, anda mesti berusia lebih daripada lapan belas (18) tahun.
Anda mesti memastikan bahawa butir-butir yang diberikan oleh anda semasa mendaftar atau pada bila-bila masa adalah betul dan lengkap.
Anda mesti memaklumkan kami dengan serta-merta tentang sebarang perubahan pada maklumat yang anda berikan semasa mendaftar dengan mengemaskinikan butir-butir peribadi anda.

5. Maklumat Yang Dikumpul & Penggunaan Maklumat

Kedaidesa.com mengumpul butir-butir yang diberikan oleh anda semasa mendaftar bersama-sama dengan maklumat yang kami ketahui tentang anda daripada penggunaan perkhidmatan kami oleh anda dan lawatan anda ke Laman Web Kedaidesa.com.
Dengan menggunakan Laman Web Kedaidesa.com, anda dengan nyata menerima dan memberikan kebenaran tidak bersyarat anda bahawa kami boleh menggunakan apa-apa maklumat dan/atau mendedahkan maklumat tentang demografi anda dalam apa-apa cara yang tidak mendedahkan identiti anda bagi tujuan pemasaran, promosi, perkembangan strategik, penyelidikan dan khidmat pelanggan.

6. Harta Intelek

Kandungan Laman Web Kedaidesa.com dilindung oleh hak cipta, cap dagang, pangkalan data dan hak-hak harta intelek lain. Anda boleh mendapatkan kembali dan mempamerkan kandungan Laman Web Kedaidesa.com di atas skrin komputer, menyimpan kandungan sedemikian dalam bentuk elektronik di dalam disk (tetapi bukan dalam mana-mana pelayan atau peranti simpanan lain yang bersambung kepada rangkaian) atau mencetak sesalinan kandungan sedemikian bagi kegunaan peribadi anda yang bukan secara komersil, dengan syarat anda mengekalkan supaya tidak terjejas semua dan sebarang notis hakcipta dan keempunyaan. Sebaliknya anda tidak boleh menghasilkan semula, memodifikasi, menyalin atau mengedarkan atau menggunakan bagi tujuan komersil mana-mana bahan atau kandungan di Laman Web Kedaidesa.com tanpa kebenaran bertulis daripada Laman Web Kedaidesa.com

Tidak ada lesen diberikan kepada anda dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini untuk menggunakan sebarang cap dagang Kedaidesa.com.

7. Batasan

Anda tidak boleh menggunakan Laman Web Kedaidesa.com bagi mana-mana tujuan berikut:

Menyebarkan sebarang bahan yang menyalahi undang-undang, mengganggu, mengandungi libel, mengandungi bahasa kesat, mengugut, berbahaya, kasar, lucah, atau sebaliknya menjelikkan;

Menghantar bahan yang menggalakkan kelakuan yang merupakan kesalahan jenayah, mengakibatkan liabiliti sivil atau sebaliknya memungkiri mana-mana undang-undang, peraturan atau tatatertib amalan yang relevan;

Mendapatkan akses yang tidak dibenarkan kepada sistem komputer lain;

Mengganggu penggunaan atau penikmatan Laman Web Kedaidesa.com oleh mana-mana orang lain;

Memungkiri mana-mana undang-undang yang melibatkan penggunaan rangkaian telekomunikasi awam;

Membuat, menghantar atau menyimpan salinan elektronik bahan yang dilindung oleh hak cipta tanpa kebenaran pemiliknya.

Jika anda memungkiri Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan Laman Web Kedaidesa.com tidak mengendahkan perkara ini, Kedaidesa.com masih berhak menggunakan hak dan remedinya pada tarikh selepasnya atau dalam mana-mana keadaan lain apabila anda memungkiri Terma-terma dan Syarat-syarat ini.

Kedaidesa.com tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kemungkiran Terma-terma dan Syarat-syarat ini yang diakibatkan oleh keadaan di luar kawalannya.

WhatsApp chat