Tentang Kami

Tentang Kami KedaiDesa.com

Selamat Datang ke Kedaidesa.com!

Kedai Desa ialah sebuah platform perniagaan berasaskan elektronik yang akan membuka peluang perniagaan yang lebih luas kepada usahawan usahawan produk desa di Malaysia. Di Kedai Desa, anda boleh membeli produk produk usahawan desa dibawah satu portal. Ini akan menjimatkan masa anda untuk berurusan dengan pelbagai pihak untuk membeli pelbagai jenis produk IKS.

Idea untuk memulakan Kedai Desa bermula apabila menyedari keperluan untuk menyediakan peluang perniagaan yang lebih luas kepada kumpulan usahawan desa yang tidak mahir mengguna platform e-commerce untuk meluaskan perniagaan mereka. Di samping itu juga, Kedai Desa membantu para pelanggan untuk memudahkan mereka bagi membuat pembelian produk produk IKS di bawah satu portal. Bayangkan seperti anda pergi ke kedai runcit, yang hanya menjual produk produk IKS sahaja.

Apa yang lebih penting, setiap pembelian dari Kedai Desa bermakna anda telah membantu golongan yang benar benar memerlukan untuk berjaya dalam usaha mereka. Kami di Kedai Desa komited terhadap membangunkan dan membantu pengusaha pengusaha desa ini untuk berjaya.

Kami bukan sahaja menyediakan ruang perniagaan kepada mereka, malah kami membantu mereka dari segi konsultansi untuk menjalankan perniagaan secara sistematik. Setiap pengeluar yang berada di bawah program kami akan diberi tunjuk ajar bagaimana untuk sekurang kurangnya mempunyai rekod perniagaan, rekod transaksi dan berdaftar dengan SSM.

Adalah besar harapan kami di Kedai Desa untuk melahirkan lebih ramai usahawan desa yang berkompetan untuk bersaing dalam dunia perniagaan ini. Sesuai dengan motto kami “Dari Orang Kita, Untuk Orang Kita”.

Kelebihan Kami:

Mudah & Cepat

Berkualiti

Produk Tempatan

5/5
Amat mudah dan cepat untuk mendapatkan produk harian anda di kedaidesa.com.
En. Ahmad
Tentang Kami KedaiDesa.com

Produk Berkualiti

Kami memastikan setiap produk yang dijual di kedaidesa.com menepati tahap kualiti yang sesuai.

Dapatkan Pelbagai Produk IKS di KedaiDesa.com!

Tentang Kami KedaiDesa.com
  • Rempah Ratus
  • Minuman
  • Makanan Ringan
  • Pes Masakan
  • Pelbagai Makanan
  • Produk Kecantikan
  • Produk Kesihatan
  • Pakaian
  • Barangan Keperluan
  • Alatan Rumah
WhatsApp chat